Jumaat, 15 Ogos 2008

jagalah hati

Alangkah indah sekiranya di dunia ini manusia yang hidup di dalamnya saling kasih mengasihi antara satu sama lain, bekerjasama, mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat. Tetapi sayang, tidak pernah sirna rasa kebejatan dalam diri manusia itu menyebabkan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memperoleh apa yang dihajatinya.
Nyatalah mereka ini mempunyai penyakit hati yang kronik. Antaranya ialah iri hati, dengki, hasut dan fitnah. Sekiranya penyakit hati ini tidak diatasi sedari awal, maka banyak kerosakan yang akan berlaku di muka bumi ini. Dan akhirnya lihat sahaja kesan yang berlaku akibat kerakusan tangan-tangan jahat manusia ini.
1. Iri HatiIri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang diperoleh daripada orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya.Namun begitu, iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.
2. DengkiDengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.
3. Hasut / Hasud / ProvokasiHasud adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar amarah / marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.
4. FitnahFitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merosak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindakan kriminal pada orang lain tanpa bukti yang kuat.
5. Buruk SangkaBuruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
6. Khianat Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mengobral janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengemban suatu tanggung jawab di kemudian hari.
Bangsal Lama