Jumaat, 10 Julai 2009

BBAHAYA BERHUTANG DAN KEMUDHARATANNYA

Bukan tak biasa dengan perkataan berhutang ni... masa nak pinjam macam-macam alasan...tu la.. ni la... muka macam nak nangis... tapi bila da bagi pinjam.. terus hilang.. tak nampak batang hidung.. terus senyap.. tak berkhabar....

Bila masa nk minta balik.. ada sahaja alasan... isteri sakit la, mak sakit la, kucing nak beranak la.. kadang-kadang langsung buat tak tahu.. bila telefon tak angkat-angkat.. 

ni la manusia... kalau tahu berhutang.. duit tak pernahnya cukup...

 Petikan Khutbah Masjid Perlis....

Oleh kerana berhutang itu suatu yang boleh menjejaskan dan mencemarkan maruah serta boleh menjatuhkan air muka dan peribadi. Maka di bawah ini diperturunkan beberapa hal dan perkara yang perlu atau wajib atas sese-orang yang berhutang supaya berfikir panjang, dengan harapan dia tidak akan melakukannya kecuali apabila benar-benar atau yang paling terdesak.


Pertama: Hutang adalah hak seseorang yang tertentu dan hak wajib dipulangkan dengan sempurna dan ia selalunya ditentukan masa penjelasannya (bayarannya), maka wajib ditepati janji itu tanpa berlengah-lengah sebab Rasulullah S.A.W. mengingatkan bahawa perbuatan melengah-lengahkan adalah satu kezaliman, sebagaimana sabdanya:"Orang yang melengah-lengahkan penjelasan hutang sedang dia mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian adalah se-orang yang zalim".

Kedua: Roh seseorang yang berhutang sehingga dia meninggal dunia dan tidak sempat menjelaskan hutangnya, maka rohnya tergantung-gantung di antara langit dan bumi (tidak menuju ketempat yang mulia) hinggalah dibayarkan balik hutang itu. Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu".

Ketiga: Sebab itu, sesiapa dari umat Islam yang meninggal dunia wajib disegerakan pembayaran hutangnya sebelum dibahagi-bahagikan harta pusaka peninggalannya.

Keempat: Oleh kerana siksaan ke atas roh yang telah meninggal dunia (jika belum dijelaskan bayaran hutangnya), Rasulullah S.A.W. yang amat mengasihi setiap umatnya. Baginda sanggup membayarkannya sepertimana sabdanya, yang bermaksud: "Aku lebih utama dari diri setiap mukmin terhadap diri sendiri, maka barangsiapa yang meninggalkan hutang, akulah yang akan membayarkannya. Dan barangsiapa yang meninggalkan harta pusaka maka ahli warisnya yang berhak ke atas harta itu".

(HR Bukhari dan Muslim).

Kelima: Nabi S.A.W. yang mengasihi umatnya telah mengajar kita dengan doa supaya umatnya tidak terkena beban hutang. Sepertimana doanya:

 

Maksudnya: 

“Ya Allah, Ya Tuhan ku, aku berlindung dengan Mu dari bebanan hutang yang berat dan dari kekerasan orang yang kejam”. 

Keenam: Tersebut juga dalam Hadith Rasulullah S.A.W. yang lain, mengatakan bahawa seorang yang telah mati, bila Rasulullah S.A.W. diminta menyembahyangkan, Baginda enggan melakukannya setelah diberitahu bahawa si mati itu ada hutang yang belum diselesaikan, lalu menyuruh seorang sahabatnya yang hadir menyembahyangkannya.



Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : 


من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله 

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Bangsal Lama

Khamis, 9 Julai 2009

Nurse yang sexy

Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

WHAHAHAHa.

Bangsal Lama

Pernikahan..(Bila nak kahwin)



J I K A.......

Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit olehkarena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.....

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang....
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.....
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......

cukuplah sekadar keperluanmu.....
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menambalnya semula......
Akhirnya ia dibuang.....
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..... yang pasti baik untuk dirimu....
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, coba bandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya.....dan menyesal sudah tiada gunanya.


Pernikahan.. . 

Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".

Bangsal Lama

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah 
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
  menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
  abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
  abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
  saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
  lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
  puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang 
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis 
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah 
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Bangsal Lama

Kurma/Kismis/Madu

MADU 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 
"Rasul saw sangat menyenangi madu". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum 
dan membaca Al-Quran". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu 
setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, 
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin 
memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum 
madu". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah 
madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan 
menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". 

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat 
dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia 
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan 
berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat 
dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 
Nabi".

KISMIS 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan 
kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum 
sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa 
penyakit kecuali kematian". 

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji 
kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada 
jasadnya suatu yang tidak disenangi". 

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan 
jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas 
dan memulihkan kesehatan jiwa". 

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan 
bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan 
menyehatkan jiwa". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan 
kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan 
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, 
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf 
dan menghilangkan letih".


Sabda Rasulullah s.a.w 

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu 
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan 
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu 
menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta 
cerdas pemikirannya." 


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin 

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan 
buah kurma semasa mengandung kerana ini akan 
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, 
buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa 
melahirkan nabi Isa a.s. 
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan 
malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan 
janganlah risau kerana takut diserang kencing 
manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang 
lain puan jauhkanlah. 
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya 
mengandungi banyak khasiat. 

1) KURMA 

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah 
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat 
mensirnakan pengaruh sihir". 

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah 
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu 
dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak 
diganggu setan". 

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa 
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing 
yang ada di perutnya akan mati". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada 
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang 
sehat". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma 
pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab 
yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi 
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Bangsal Lama

Hiba seorang isteri


Petikan dari hati seorang wanita....

Pembaca Semua,


Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2
tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana
dia melihat kita dari pandangan mata mereka.Walaupun mereka tidak pernah
komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai
secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.Barangkali suami
puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang
anak,Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa
saja.Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya
bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan
menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja
saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke
pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan
segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah
komplen pasal perwatakkan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa
tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,memeluk
atau memegang saya, biasa shj. kami akan bersama bila waktu malam apabila
dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri.Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun.Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja.Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai
ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,
tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.Saya
ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.Apa kurangnya saya, dia akhir
berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya
menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan
baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila
melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik
minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki
lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai
kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang
sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak,
rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang
hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt
dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya,
bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik
menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer,
mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang
baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang
berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di
lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia
tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama
wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga. Saya telah pun
berpisah dengan suami sekarang tetapi sya tidaklah duduk meratap tetapi
menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk
kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya
pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan
kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan
bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwian adalah sebahagian kita
mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman.Dan
perkahwinan juga tempat kita di uji.

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah..Insya'
Allah.

Bangsal Lama

Tiga Kali Jer Curang, bang..

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Bangsal Lama

Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkn kanser

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

 1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
 

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 

 
3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ". 

 
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".Dalam pada itu, Pasta xxx & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

 
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.

Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

 
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Bangsal Lama

Cerek yg merebakkan selsema BABI...berhati-hati semasa membelinya


Bangsal Lama

Ada Apa Dengan Coke


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak....Sekian Sahaja....

Bangsal Lama

Rabu, 8 Julai 2009

Mr Bean... (infinity lol)

1) BRAIN TUMOR:

Doctor: I regret to tell you that you have a brain tumor. 

Mr. Bean: Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor: Did you understand what I just told you?

Mr. Bean: Yes of course, do you think I'm dumb?

Doctor: Then why are you so happy?

Mr. Bean: Because that proves that I have a brain!


2) MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL:

Teacher: What is 5 plus 4?

Mr. Bean: 9 

Teacher: What is 4 plus 5?

Mr. Bean: Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!! 


3) WHILE IN A DRUG STORE:

Mr. Bean: I'd like some vitamins for my grandson.

Clerk: Sir, vitamin A, B or C? 

Mr. Bean: Any will do, my grandson doesn't know the alphabet yet!!


4) AT AN ATM MACHINE:

Friend: What are you looking at?

Mr. Bean: I know your PIN no., hee, hee.

Friend: Alright, what is my PIN no. if you saw it?

Mr. Bean: four asterisks (****)!


5) Marriage:

Friend: How many women do you believe must a man marry?

Mr. Bean: 16

Friend: Why?

Mr. Bean: Because the priest says 4 richer, 4 poorer, 4 better and 4worse.


6) CHATTING WITH HIS FRIEND:

Friend: How was the tape you borrowed from me, is it Ok? 

Mr. Bean: What do you mean ok, I thought it's a horror film. I didn't see any picture.

Friend: What tape did you take anyway? 

Mr. Bean: Head Cleaner.


7) DEATH OF HIS MOTHER:

Mr. Bean:(crying) the doctor called, Mom's dead.

Friend: condolence, my friend.

(After 2 minutes) Mr. Bean cries even louder

Friend: what now?

Mr. Bean: my sister just called, her mom died too!


8) MR. BEAN ATTENDING A MEETING:

Colleague: Sorry I'm late. I got stuck in an elevator for 4 hrs because of a power failure. 

Mr. Bean: That's alright, me too...I got stuck on the escalator for 3 hrs.


9) Spelling lesson:

Mr. Bean's Son: Dad, what is the spelling of successful.. ..is it one c or two c? 

Mr. Bean: Make it three c to be sure!

Bangsal Lama