Jumaat, 10 Julai 2009

BBAHAYA BERHUTANG DAN KEMUDHARATANNYA

Bukan tak biasa dengan perkataan berhutang ni... masa nak pinjam macam-macam alasan...tu la.. ni la... muka macam nak nangis... tapi bila da bagi pinjam.. terus hilang.. tak nampak batang hidung.. terus senyap.. tak berkhabar....

Bila masa nk minta balik.. ada sahaja alasan... isteri sakit la, mak sakit la, kucing nak beranak la.. kadang-kadang langsung buat tak tahu.. bila telefon tak angkat-angkat.. 

ni la manusia... kalau tahu berhutang.. duit tak pernahnya cukup...

 Petikan Khutbah Masjid Perlis....

Oleh kerana berhutang itu suatu yang boleh menjejaskan dan mencemarkan maruah serta boleh menjatuhkan air muka dan peribadi. Maka di bawah ini diperturunkan beberapa hal dan perkara yang perlu atau wajib atas sese-orang yang berhutang supaya berfikir panjang, dengan harapan dia tidak akan melakukannya kecuali apabila benar-benar atau yang paling terdesak.


Pertama: Hutang adalah hak seseorang yang tertentu dan hak wajib dipulangkan dengan sempurna dan ia selalunya ditentukan masa penjelasannya (bayarannya), maka wajib ditepati janji itu tanpa berlengah-lengah sebab Rasulullah S.A.W. mengingatkan bahawa perbuatan melengah-lengahkan adalah satu kezaliman, sebagaimana sabdanya:"Orang yang melengah-lengahkan penjelasan hutang sedang dia mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian adalah se-orang yang zalim".

Kedua: Roh seseorang yang berhutang sehingga dia meninggal dunia dan tidak sempat menjelaskan hutangnya, maka rohnya tergantung-gantung di antara langit dan bumi (tidak menuju ketempat yang mulia) hinggalah dibayarkan balik hutang itu. Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu".

Ketiga: Sebab itu, sesiapa dari umat Islam yang meninggal dunia wajib disegerakan pembayaran hutangnya sebelum dibahagi-bahagikan harta pusaka peninggalannya.

Keempat: Oleh kerana siksaan ke atas roh yang telah meninggal dunia (jika belum dijelaskan bayaran hutangnya), Rasulullah S.A.W. yang amat mengasihi setiap umatnya. Baginda sanggup membayarkannya sepertimana sabdanya, yang bermaksud: "Aku lebih utama dari diri setiap mukmin terhadap diri sendiri, maka barangsiapa yang meninggalkan hutang, akulah yang akan membayarkannya. Dan barangsiapa yang meninggalkan harta pusaka maka ahli warisnya yang berhak ke atas harta itu".

(HR Bukhari dan Muslim).

Kelima: Nabi S.A.W. yang mengasihi umatnya telah mengajar kita dengan doa supaya umatnya tidak terkena beban hutang. Sepertimana doanya:

 

Maksudnya: 

“Ya Allah, Ya Tuhan ku, aku berlindung dengan Mu dari bebanan hutang yang berat dan dari kekerasan orang yang kejam”. 

Keenam: Tersebut juga dalam Hadith Rasulullah S.A.W. yang lain, mengatakan bahawa seorang yang telah mati, bila Rasulullah S.A.W. diminta menyembahyangkan, Baginda enggan melakukannya setelah diberitahu bahawa si mati itu ada hutang yang belum diselesaikan, lalu menyuruh seorang sahabatnya yang hadir menyembahyangkannya.



Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : 


من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله 

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Bangsal Lama

Tiada ulasan: