Ahad, 26 Ogos 2007

Don't ever left your car with......

Kisah di bwh ini di petik dari email member aku.....Kejadian berlaku semalam 08 Julai, 2007 ke atas adik member aku.

"Adik perempuan aku, nak balik kerumah aku di Selama, nak tengok mak dia yang pulang dari Mekah. Dia dengan anak serta suami yang 'drive' Kancil dari P. Pinang, sampai di Sunshine diaorang singgah sekejap untuk beli susu anak. Hujan lebat masa tu, suami dia keluar kereta dan dia tunggu dalam kereta. Tak sampai satu minit suaminya keluar, masuk satu apek tua dalam kereta terus tikam dan robek peha adik aku dan dia 'drive' kereta tu sampai ke kawasan hotel Equatorial.

Masa di situ adik aku yang berdarah-darah diugut supaya menyerahkan semua barang kemas, handphone, duit, sambil tu apek tu letak pisau kat anak saudara aku yang baru 10 bulan dan mengancam untuk bunuh. "No choice", adik aku terpaksa serah semuanya dengan kereta sekali dia bawa lari. Adik aku kena tinggal di kawasan sunyi belakang Bukit Jambul dengan beg serta anak kecil yang basah kuyup dalam hujan lebat. Hampir satu jam terbiar di situ tanpa pertolongan orang lalu lalang sampailah ada mamat tolong bawa dia ke hospital. Itupun sebab dia tengok ada anak kecil, sebab tu dia tolong. - Trauma adik aku sekarang ni.

Akibat kena tikam tu, adik aku kena 11 jahitan di peha, 4 jahitan di lengan pasal cuba melawan dengan apek haram jadah tu. Jadi kepada semua kawan-kawan, yang selalu berhenti sekejap di depan kedai, tolong kunci pintu dari dalam. Cerita adik aku ni boleh jadi pengajaran pada kita semua. Duit, barang kemas boleh cari, nyawa tak ada 'spare part'.

Hati-hati, akhir zaman ni nabi sebut terlalu banyak orang jahat. Asal keluar pintu rumah saja, kita terdedah dengan orang-orang jahat".

Hari ini mungkin terkena pada orang lain, entah esok lusa kena pada kita dan keluarga kita pulak. Oleh itu marilah kita sama-sama beringat dan memperingati orang lain pulak...
Wassalam...

Tiada ulasan: